PENGENALAN

SINOPSIS BMM3105

Kursus ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara on line; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN

-Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara atas talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahagian.
-Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
-Membina tapak pembelajaran yang mudah
-Mengedit bahan pengajaran secara atas talian
-Menggunakan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
-Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang Video

SEKAPUR SIREH

Assalamulaikum dan salam sejahtera, selamat datang diucapkan kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog saya ini. Semoga segala kandungan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Jutaan penghargaan dan terima kasih terutama kepada pensyarah saya iaitu Dr. Ismail Bin Abdul Rahman yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Akhir kalam, salam perkenalan daripada Cikgu Suraya Tajudin.